aku dan ke'aku'anku ..
selalu aku mebayangkan kemungkinan untuk memilikimu, tapi kemungkinan yang aku bayangkan amat sedikit untuk menjadi nyata .. selalu aku menginginkan dirimu, akan tetapi keinginan ku terhalang kerana kesendirian dirimu .. selalu aku bermimpikan dirimu, tapi aku kehilangan dirimu saat mataku celik sewaktu dinihari ..
aku dan ke'aku'an ku ..
mengingini sesuatu yang dibatasi waktu
mengimpikan sesuatu yang dihalangi temu
memiliki satu yang tak mungkin jadi kepunyaanku
dimana kamu yang ingin ku miliki
kerana ku rasa kurang bila sendiri
dimana kamu yang selalu ku impi
kerana ku rasa sedih sekali
aku mencari sesuatu yang tak pasti milikku, tapi pencarian ini serasa bererti .. aku berlari mengejar sesuatu yang samar, tapi samar hilang ditelan sesuatu yang gelap .. aku berdiri disini, kerana mengharapkan arah darimu yang mungkin mahu mengerti ..
aku dan ke'aku'an ku ..
mengingini, membayangi, dan mengimpi
sedar semuanya akan hilang tapi masih mahu berharap
aku dan ke'aku'an ku ..
mencari, mengejar dan akhirnya cuma berdiri
sedar ke'aku'an ku bukan abadi
akhirnya aku pergi mengundur diri ......................
umi and cucu umi
(luv umi so much)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment